Dari Nabi S.A.W.,
"Pada waktu malam saya diisra’ kan
sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :
1) Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada
dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
2) Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat
kembalimu adalah kepada-Ku.
3) Bersungguh-sungguhlah engkau mencari
syurga.
4) Putuskan harapan dari makhluk kerana
sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.
5) Rajinlah mengerjakan sholat tahajjud kerana
sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.
Ibrahim bin Adham
berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu
mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah
nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah
S.W.T.
Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7
perkara, iaitu :
1) Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu
harapkan sangat kesedaran hatinya.
2) Orang yang banyak makan janganlah kamu
harapkan sangat kata-kata himat darinya.
3) Orang yang banyak bergaul dengan manusia
janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
4) Orang yang cinta kepada dunia janganlah
kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
5) Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan
sangat akan hidup hatinya.
6) Orang yang memilih berkawan dengan orang
yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
7) Orang yang mencari keredhaan manusia
janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."